Umumnya ramai dari kalangan umat Islam amat mengenali negara Arab Saudi, bahkan ramai juga yang telah mengunjunginya  terutamanya bagi menyempurnakan Rukun Islam Kelima dengan menunaikan ibadah Haji di samping mengerjakan umrah.
Saban tahun berjuta-juta umat Islam akan ke sana kerana di situlah terletaknya Kota Mekah dan Masjidil Haram yang mana di dalamnya terdapat Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam.
Selain Masjidil Haram di Kota Mekah, di sebelah utaranya terdapat Kota Suci kedua terpenting bagi umat Islam iaitu Kota Madinah yang menempatkan Masjid Nabawi yang di dalamnya terdapat makam junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Begitulah mulianya Arab Saudi di kaca mata seluruh umat Islam…semuanya kerana di situlah terletaknya Kota Mekah dan Kota Madinah yang  merupakan  dua kota suci utama bagi umat Islam, lantaran itu penguasa atau Raja yang memerintahnya digelar “Khadam Dua Tanah Suci”.
Namun mungkin setakat itulah sahaja pengetahuan sebahagian besar umat Islam tentang Arab Saudi. Ramai dari kalangan kita tidak mahu mengambil kisah dengan apa yang berlaku di sana…asalkan dapat menunaikan Haji sudah cukup baik…baik dari segi sejarah kerajaannya, perkembangan semasa mahupun kepentingannya kepada apa yang bakal berlaku pada masa mendatang khususnya berkaitan dengan “fenomena akhir zaman”.
Negara Arab Saudi
Negara beraja Arab Saudi sekarang ini diasaskan oleh ‘Abd al-’Aziz as-Saud (1880 – 9 November 1953) yang menjadi Raja Arab Saudi yang pertama. Dia juga dikenali dengan pelbagai nama antaranya ialah Ibn Saud.
Beliaulah yang mengasaskan  Keluarga Diraja Saudi moden yang memerintah sebahagian daripada Semenanjung Tanah Arab atau Hijaz yang kemudiannya digelar Arab Saudi…setelah “merampasnya” dari Empayar Othmaniah dengan bantuan British.
Sejarah AwalPengasas Arab Saudi. `Abd al-`Azi-z bin Abdul Rahman bin Faisal bin Turki bin Abdullah bin Saud bin Abdul Aziz bin Muhammad as-Sa`ud
Ibn Saud dilahirkan di Riyadh dan merupakan anak kepada Abdul Rahman bin Faisal dan Sara binti Ahmad al-Kabir Sudayri. Pada tahun 1890, semasa berusia sepuluh tahun, Ibn Saud mengikut ahli keluarganya diusir keluar ke Kuwait selepas penguasaan tanah keluarganya oleh golongan Rashidi. Beliau menghabiskan zaman kanak-kanaknya di Kuwait dalam keadaan tidak berduit dan berharta.
Pada tahun 1901 semasa berusia 22 tahun, Ibn Saud menggantikan ayahandanya, Abdul Rahman bin Faisal sebagai ketua keluarga dinasti Saud dengan gelaran Sultan Nejd. Beliau kemudiannya memulakan kempen untuk menakluk semula tanah keluarganya daripada golongan Rashidi.
Pada tahun 1902, beliau bersama-sama dengan sekumpulan hamba dan saudaranya berjaya menakluk Riyadh dengan hanya bersama-sama 22 orang dengan membunuh gabenor Rashidi di situ.
Dalam masa dua tahun selepas berjaya menawan Riyadh, Ibn Saud berjaya menguasai separuh daripada Nejd. Bagaimanapun pada tahun 1904, golongan Rashidi meminta bantuan daripada Empayar Turki Uthmaniyyah untuk mengalahkan golongan Saud.
Empayar Uthmaniyyah menghantar tentera ke Tanah Arab dan ini menyebabkan kekalahan golongan Saud pada 15 Jun 1904. Tetapi setelah tentera Uthmaniyyah berundur kerana masalah tertentu, golongan Saud berjaya mengumpul kembali kekuatannya.
Pada tahun 1912, Ibn Saud berjaya menguasai Nejd dengan bantuan golongan Wahabbi. Semasa Perang Dunia I, Ibn Saud memihak kepada British memandangkan golongan Rashidi merupakan sekutu Empayar Uthmaniyyah yang merupakan musuh British. Pada tahun 1922 golongan Saud berjaya menewaskan golongan Rashidi dan ini menamatkan penguasaan golongan Rashidi di Tanah Arab.
Pada tahun 1925, golongan Saud berjaya menawan Kota Suci Makkah daripada Shariff Hussein ibn Ali. Pada 10 Januari 1926, Ibn Saud ditabalkan menjadi Raja Hijaz di Masjidil Haram, Makkah.
Pada tahun 1932, setelah menguasai sebahagian besar Semenanjung Arab daripada musuh-musuhnya, Ibn Saud menamakan tanah gabungan Hijaz dan Nejd sebagai Arab Saudi. Beliau kemudiannya menabalkan dirinya sebagai Raja Arab Saudi dengan sokongan pihak British.
Minyak dan Pemerintahan Ibn SaudPetroleum di Arab Saudi ditemui pada tahun 1938, Ibn Saud kemudiannya memberi kebenaran kepada syarikat-syarikat Barat untuk mencarigali minyak di sana. Segala keuntungan hasil penjualan minyak diberikan kepada keluarga Saud. Keuntungan hasil jualan minyak semakin bertambah menyebabkan Ibnu Saud mula membelanjakan wang itu untuk memperbaiki kehidupan rakyatnya.
Beliau menggesa puak-puak nomad Badwi supaya tinggal secara tetap di sesuatu tempat. Beliau juga memulakan usaha untuk membanteras jenayah terutamanya jenayah di Makkah dan Madinah.
Perang AsingSemasa Perang Dunia II, Arab Saudi ialah sebuah negara yang neutral dan berkecuali tetapi lebih memihak kepada tentera bersekutu (Amerika Syarikat, Britain dan sebagainya).
Pada tahun 1948 semasa Perang Arab-Israel 1948 tercetus, Ibnu Saud menyertai peperangan itu tetapi sumbangan Arab Saudi hanya sedikit.
Ibn Saud meninggal dunia di Taif pada 9 November 1953.
Keluarga dan PenggantiIbn Saud yang menjadi Pengasas dan Raja Pertama Arab Saudi mempunyai bilangan isteri yang ramai. Lantaran itu bilangan anak-anak Ibn Saud juga ramai namun bilangannya tidak diketahui tetapi dianggarkan berjumlah 50 hingga 200 orang.
Berikut ialah nama isteri-isteri Ibn Saud beserta dengan nama anak-anaknya;
1. Dengan Wadhba binti Muhammad al-Hazzama.    Raja Saud (12 Januari, 1902 – 23 Februari, 1969); memerintah 1953-1964-Raja ke-2b.   Turki (1917-1919)
2. Dengan Tarfah binti Abdullah al-Shaykh Abdul-Wahaba.   Khalid (lahir 1903, meninggal dunia semasa masih bayi)
b.   Raja Faisal (April 1904 – 25 Mac, 1975-mati dibunuh); memerintah 1964-1975-Raja ke-33. Dengan Jauhara binti Musa’d Al Sauda.   Muhammad (1910-1988)
b.   Raja Khalid (1913 – 13 Jun, 1982); memerintah 1975-1982-Raja ke-4c.   Jauhara
d.   Anud (lahir 1917)
4. Dengan Bazzaa.   Nasser (lahir 1919)
b.   Bandar (lahir 1923)
c.   Fawwaz (lahir 1934)
5. Dengan Jauhara binti Sa’ad al-Sudairya.   Saad (1920 – 1990-an)
b.   Musaid (lahir 1923)
c.   Abdalmohsen (1925-1985)
6. Dengan Hussah binti Ahmad al-Sudairya.   Raja Fahd (1923 – 1 Ogos, 2005); memerintah 1982-2005-Raja ke-5b.   Sultan (lahir 5 Januari, 1928); Putera Mahkota terkinic.   Abdul-Rahman (lahir 1931)
d.   Turki (lahir 1932)
e.   Nayef (lahir 1934)
f.   Salman (lahir 1936)
g.   Ahmed (lahir 1940)
h.   Sa’ad (lahir 1914, mati 1919)
7. Dengan Shahidaa.   Mansur (1922 – 2 Mei, 1951)
b.   Mishal (lahir 1926)
c.   Qumasha (lahir 1927)
d.   Muteb (lahir 1931)
8. Dengan Fahda binti Asi al-Shuraima.   Raja Abdullah (lahir Ogos 1924); Raja sekarang, sejak 2005-Raja ke-6b.   Nuf
c.   Sita
9. Dengan Haya binti Sa’ad al-Sudairy (1913 – 18 April, 2003)a.   Nura (mati 1930)
b.   Badr (lahir 1933)
c.   Hassa
d.   Abdalillah (lahir 1935)
e.   Abdalmajid (lahir 1940)
f.   Mashael
10. Dengan Munaiyira.   Talal (lahir 1931)
b.   Badr (1931-1932)
c.   Mishari (1932 – 23 Mei, 2000)
d.   Nawwaf (lahir 1933)
11. Dengan Mudhia.   Majed (19 Oktober, 1938 – 12 April, 2003)
b.   Sattam (lahir 21 Januari, 1941)
12. Dengan Nouf binti al-Shalana.   Thamir (1937 – 27 Jun, 1959)
b.   Mamduh (lahir 1940)
c.   Mashhur (lahir 1942)
13. Dengan Saida al-Yamaniyaha.   Hidhlul (lahir 1941)
14. Dengan Baraka al-Yamaniyaha.   Muqren (lahir 15 September, 1945)
15. Dengan Futaymaa.   Hamud (lahir 1947)
16. Dengan ?? (tidak diketahui)a.   Fahd (1905-1919)
b.   Sara (c. 1916 – Jun 2000)
c.   Shaikha (lahir 1922)
d.   Talal (1930-1931)
e.   Abdalsalam (1941)
f.   Jiluwi (1942-1944)
Konflik dan Perebutan TahtaPersoalan yang bermain sekarang ialah siapakah bakal Raja Arab Saudi seterusnya selepas Raja Abdullah bin ‘Abd al-’Aziz as-Saud. Pemilihan pengganti selepasnya sudah pasti akan menimbulkan konflik.  Kenapa hal ini timbul sekarang ?
Sebenarnya ramai dari kalangan kita langsung tidak mengetahui bahawa kesemua Raja Arab Saudi adalah adik beradik dan anak kepada pengasas kerajaan beraja tersebut iaitu  ‘Abd al-’Aziz as-Saud bin Abdul Rahman bin Faisalatau lebih dikenali sebagai Ibn Saud.Raja Abdullah yang lahir pada bulan Ogos 1924 merupakan Raja Arab Saudi yang ke-6. Beliau mewarisi tahta negara tersebut setelah adik tirinya Raja Fahd meninggal dunia pada tahun 2005. Begitulah yang berlaku sebelumnya. Sebaik sahaja Ibn Saud meninggal dunia, tahta negara tersebut diwarisi pula oleh anak-anaknya daripada ibu yang berlainan.Sistem penggiliran tahta Arab Saudi memang unik dan mungkin satu-satunya di dunia. Pada peringkat awalnya memanglah nampak elok namun ianya boleh menimbulkan konflik, malah perang saudara yang berpanjangan jika tidak kena caranya.Raja-Raja Arab Saudi
NAMA RAJAMULA MEMERINTAHTAMAT MEMERINTAH
’Abd al ’Aziz Al Sa’ud1902/19321953
Saud ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud19531964
Faisal ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud19641975
Khalid ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud19751982
Fahd ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud19822005
Abdullah ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud2005sekarang
Riak-riak ke arah konflik bagi merebut tahta tersebut memang sentiasa wujud, malah mungkin seawal selepas kematian Raja Saud iaitu Raja Arab Saudi yang ke-2 yang meninggal dunia pada tahun 1964 selepas menggantikan ayahandanya iaitu Ibn Saud, pengasas Arab Saudi yang meninggal dunia pada   tahun 1953.Sepanjang pemerintahannya banyak ketidakpuasan disuarakan oleh anggota keluarganya sendiri. Seperti ayahnya, beliau mempunyai banyak anak iaitu lebih kurang 30 orang. Raja Saud memberikan  anak-anaknya kuasa yang tinggi di samping melantik mereka ke posisi-posisi yang penting di dalam kerajaan.
Hal ini menyebabkan adik-adiknya terutama adik-adik tirinya tidak berpuas hati. Mereka melihat anak-anak Raja Saud tidak mempunyai cukup pengalaman dalam memerintah negara di samping khuatir yang Raja Saud mungkin melantik anaknya menggantinya selepas ini.
Raja Saud ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud (12 Januari 1902 - 23 Februari 1969)
Di samping itu sikap boros Raja Saud yang  gemar membelanjakan wang negara demi kepentingan peribadi dan keluarganya juga menimbulkan kemarahan ramai. Beliau juga membuat kekecohan politik yang antaranya dikaitkan dengan cubaan pembunuhan Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir ketika itu. Dia juga diketahui dengan sikapnya yang suka minum arak yang nyata merupakan perkara yang dilarang dalam Islam.
Satu rampasan kuasa yang dirancang oleh keluarganya sendiri berlaku pada tahun 1964 dengan disokong oleh golongan ulama. Walaupun Muhammad ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud merupakan pewaris takhta yang paling layak namun dia enggan menerimanya dan sebaliknya menyokong penabalan adik tirinya iaitu Faisal ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud sebagai raja.
Raja Saud kemudiannya ke Geneva, Switzerland setelah diusir keluar daripada Arab Saudi. Pada tahun 1966, Raja Saud telah dijemput oleh Presiden Gamal Abdel Nasser untuk tinggal di Mesir. Beliau meninggal dunia di Athens, Greece pada tahun 1969.
Raja Faisal ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud (1906 – 25 Mac 1975) yang merupakan anak Ibn Saud yang ke-4  ialah Raja Arab Saudi yang ke-3yang memerintah  dari tahun 1964 hingga tahun 1975.
Raja Faisal merupakan seorang Raja Arab Saudi yang sangat terkenal dan besar pengaruhnya kepada dunia Islam. Pada masa pemerintahannya tercetus konflik di Timur Tengah khususnya berkaitan dengan perang di antara Mesir dengan Israel. Beliau berasa amat kecewa apabila Israel memenangi Perang Enam Hari pada tahun 1967.
Faisal ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud (1906 - 25 Mac 1975), Raja Arab Saudi dari tahun 1964 hingga tahun 1975.
Pada tahun 1973, Raja Faisal memulakan satu program yang bertujuan untuk memajukan kekuatan tentera Arab Saudi. Pada 17 Oktober, namanya dijulang sebagai WIRA dunia Islam apabila mengarahkan Arab Saudi menarik balik minyak keluarannya daripada pasaran antarabangsa sebagai satu tindakan PERANG bagi menghukum negara-negara Barat khususnya Amerika Syarikat yang bersekongkol dengan Israel. Tindakan ini menyebabkan harga minyak naik mendadak.
Pada 25 Mac 1975, Raja Faisal ditembak mati oleh anak adiknya iaitu Faisal bin Musad. Mengikut spekulasi yang timbul, dia ingin membalas dendam berikutan kematian saudaranya akibat perbuatan pasukan keselamatan pada tahun 1965. Walaupun terdapat beberapa teori konspirasi, siasatan mendapati bahawa Putera Faisal bin Musad bertindak sendirian.
Putera Musad menyamar sebagai seorang delegasi Kuwait yang menunggu untuk bertemu dengan Raja Faisal. Semasa Raja Faisal pergi ke arahnya untuk menyambutnya, Putera Faisal bin Murad mengeluarkan sepucuk pistol dan kemudian menembak Raja Faisal tiga kali di bahagian muka.
Putera Faisal bin Musad kemudiannya ditangkap dan diisytiharkan sebagai tidak waras. Dia kemudiannya didapati bersalah dan dipancung di khalayak ramai di Riyadh. Raja Faisal digantikan oleh adik tirinyanya iaitu  Putera Khalid.
Khalid ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud (1912 - 13 Jun 1982)
Khalid ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud (1912 – 13 Jun 1982) menjadi  Raja Arab Saudi yang ke-4 merupakan  Putera Mahkota sejak tahun 1965 selepas abangnya (abang kandung) iaitu Muhammad ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud menolak untuk menjadi raja.
Pada masa pemerintahannya hubungan dengan Amerika Syarikat dan dunia Barat telah dipulihkan. Ekoran daripada usianya yang telah lanjut dan masalah jantung yang dihadapinya, pada tahun 1976, Raja Khalid terpaksa pergi ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan.
Pada masa pemerintahannya berlaku peristiwa yang menggemparkan dunia di Masjidil Haram pada 20 November 1979 (1 Muharram 1400H) apabila sekurang-kurangnya 500 pemberontak berjaya  menawan Masjidil Haram di Makkah.
Suasana pentempuran di Masjidil Haram semasa peristwa 1 Muharram 1430H
Juhaiman Al Utaibi
Gerakan ini dipimpin oleh seorang pemuda dari  gurun Najd, iaituJuhaiman Al Utaibi. Gerakan pemuda Arab ini bukan sahaja membuatkan kerajaan Arab Saudi kelam-kabut, bahkan seluruh dunia merasa kalut dan cemas.  Yang paling bimbang menyaksikan serangan militer yang tidak terduga ini ialah kuasa Amerika Syarikat dan Eropah.
Seluruh dunia tidak menduga Masjidil Haram boleh direbut dan ditawan oleh  sebuah kumpulan  bersenjata yang tidak  dikenali dan  tidak diketahui dari mana arahnya yang muncul secara  tiba-tiba.
Setelah bertahan selama beberapa minggu, gerakan bersenjata Juhaiman akhirnya berjaya ditewaskan oleh tentera Arab Saudi dengan dibantu oleh Peranchis.  Masjidil Haram berjaya ditawan semula. Dalam pertempuran tersebut seramai 120 jemaah   terbunuh dan 251 orang tercedera. 75 pengikut Juhaiman terbunuh, 170 orang ditahan manakala di pihak tentera Arab Saudi, 60 orang terbunuh, 200 orang cedera.
Sayyid Hussein bin Ali Al-Hashemi, Amir Mekah dan Raja Hijaz dari 10 Jun 1916 - 3 October 1924.
Pada peringkat awalnya kerajaan Jordan menawarkan bantuan tentera bagi membantu menghapuskan pemberontakan namun ianya ditolak oleh kerajaan Arab Saudi. Mereka mencurigai niat Jordan kerana Raja Jordan adalah keturunan Sayyid Hussein bin Ali Al-Hashemi atau Syarif Hussein yang merupakan bekas Amir Mekah dan Raja Hijaz yang berjaya dikalahkan dan diusir ke Transjordania oleh Ibn Saud.  Arab Saudi dikatakan bimbang tentera dari Jordan tersebut tidak akan meninggalkan Kota Mekah walaupun  setelah menewaskan pemberontak.
Masjidil Haram As Syarif mengalami kerosakan yang teruk  sehingga mengambil masa beberapa bulan untuk dibaikpulih. Akhirnya  setelah dibicarakan seramai 63 orang pemberontak Juhaiman tersebut  dijatuhkan hukuman pancung di 8 kota Arab Saudi. Juhaiman sendiri dan seorang Sayyid iaitu iparnya yang didakwa sebagai al Mahdiiaitu iparnya sendiri, Muhammad bin Abdullah al Qahtani dipancung di Makkah.
Raja Fahd ibn `Abd al-`Azi-z as-Sa`u-d (1923 - 1 Ogos 2005)
Pada 13 Jun 1982 Raja Khalid telah  meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.  Beliau digantikan oleh saudara tirinya iaitu Putera Mahkota Fahd. Raja Fahd yang merupakan Raja Arab Saudi kelima merupakan Raja yang pertama mengambil gelaran “Penjaga Dua Masjid Suci” pada tahun 1986.
Raja Fahd terkena strok pada tahun 1995 dan memutuskan untuk menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Putera Mahkota Abdullah. Selepas terkena strok, Raja Fahd  tidak lagi aktif dalam politik dan pentadbiran, namun begitu beliau masih lagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat penting dan menerima tetamu. Segala urusan pemerintahan diserahkan kepada adik tirinya kepada Putera Mahkota Abdullah. Putera Mahkota Abdullah dilantik menjadi Raja Arab Saudi selepas kematian Raja Fahd pada Ogos 2005.
Semasa pemerintahan Raja Fahd tentera Iraq pimpinan Presiden Saddam Hussein mencerobohi Kuwait. Ini menyebabkan Amerika Syarikat dan sekutunya bertindak balas dengan  menempatkan pengkalan tenteranya di Arab Saudi bagi menghadapi Iraq.
Keputusan  Raja Fahd untuk membenarkan tentera bersekutu pimpinan Amerika Syarikat menggunakan negaranya sebagai pangkalan tentera  menyebabkan beliau dikritik hebat oleh golongan ulama dan pro-Islam yang menentang kehadiran tentera bukan Islam khususnya Amerika Syarikat di tanah Arab.
Tindakan Iraq tersebut telah menyebabkan tercetusnya Perang Teluk (pertama) pada 2 Ogos 1990 – 28 Februari 1991. Amerika Syarikat yang mengetuai Pasukan Bersekutu bersama-sama dengan 34 buah negara-negara lain telah menempatkan hampir 1 juta tenteranya di Arab Saudi dan beberapa negara Arab Teluk yang lain  untuk mengusir pasukan tentera Iraq daripada Kuwait.
Melalui pengkalan tersebut, Tentera Bersekutu telah melancarkan “Operation Desert Storm” bermula pada 16 Januari 1991 dan berakhir dengan kejayaan membebaskan Kuwait pada 28 Februari 1991. Perang yang digelar oleh Iraq sebagai “Ibu Segala Peperangan” itu telah melibatkan kos sebanyak US$60 bilion dengan US$40 bilion adalah ditanggung oleh kerajaan Arab Saudi.
Pada tahun 2003 sekali lagi menyaksikan Arab Saudi dijadikan pengkalan bagi Amerika Syarikat dan sekutunya bagi melancarkan perang dan penaklukan ke atas Iraq. Ia adalah ekoran daripada “Perang Menentang Keganasan” yang dilancarkan oleh Presiden Amerika George W. Bush kesan daripada peristiwa 9/11.
Perdana Menteri BritainTony Blair dan George W. Bush di Camp David pada Mac 2003, bagi membincangkan penaklukan ke atas Iraq.
Perang Teluk II atau Perang Iraq yang bermula pada 20 Mac  dilancarkan bagi “membebaskan” Iraq dari  pemerintahan Saddam Hussein. Berbeza dengan Perang Teluk I yang dilancarkan oleh Presiden Amerika George Bush, perang pada kali ini hanya melibatkan beberapa buah negara seperti  United Kingdom dan beberapa kontinjen kecil tentera dari Australia dan Poland dengan bilangan tentera keseluruhannya hanya seramai 200,000 orang.
Walaupun bilangan tentera Bersekutu adalah kecil, akhirnya Saddam Hussein berjaya digulingkan setelah Baghdad berjaya ditawan selepas 21 hari pertempuran. Akhirnya pada 1 May 2003 keseluruhan Iraq telah berjaya ditakluk oleh tentera Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat.
Kesemua peristiwa penting  yang telah merubah sturktur kuasa dan sejarah Asia barat di atas berlaku semasa pemerintahan Raja Fahd yang merupakan sekutu kuat Amerika Syarikat dengan menggunakan segala kemudahan yang terdapat di Arab Saudi dan beberapa negara Arab Teluk yang lain.
Raja Fahd dimasukkan ke dalam Hospital Pakar Raja Faisal pada 25 Mei 2005 untuk menerima rawatan. Pada 1 Ogos 2005, Raja Fahd diisytiharkan meninggal dunia. Raja Fahd digantikan oleh Putera Mahkota Abdullah.
Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud
Siapa Selepas Raja Abdullah ?Raja Abdullah yang  dilantik menjadi Raja Arab Saudi ke-6  pada 1 Ogos 2005. Walaupun baru dilantik menjadi Raja, peranannya sebagai Raja de facto sebenarnya telahpun bermula  sejak tahun 1995 apabila Raja Fahd diserang strok.
Berbanding dengan Raja-Raja sebelumnya, Raja Abdllah merupakan Raja Arab Saudi yang tertua. Beliau berusia 81  tahun  ketika dilantik menjadi Raja dan kini usianya telahpun mencecah 86 tahun.
Raja Abdullah di bawa ke sebuah hospital di Riyadh
Usianya yang lanjut telah menimbulkan kembali konflik dalaman yang sebenarnya tidak pernah reda di kalangan kerabat Diraja Arab Saudi tentang siapakah bakal penggantinya.
Putera Muhammad bin Nayef
Pada bulan Ogos 2009 Timbalan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Nayef cedera ringan apabila beliau diserang oleh seorang pengebom berani mati di pejabatnya di bandar pelabuhan Jeddah.
Putera Muhammad   yang menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri merupakan anak Putera Nayef , Menteri Dalam Negeri   Arab Saudi yang juga merupakan adik kepada Raja Fahd.  Putera  Nayef  yang disebut-sebut sebagai bakal  Putera Mahkota jika saudara tuanya iaitu Putera  Sultan mati terlebih dahulu.
Putera Bandar bin Sultan bin Abdul Aziz Al Saud
Putera Sultan kini yang kini telah berusia 82 tahun menderita akibat kanser tahap 4 adalah bapa kepada Putera  Bandar bin Sultan yang pernah menjadi Duta Besar ke Amerika Syarikat. Putera Bandar  sangat rapat  dengan kelompok Zionis dan NeoCon, terutama keluarga Bush.
Ramai yang menganggap bahawa dalang di sebalik percubaan bunuh Putera Muhammad bin Nayef  ini adalah Putera Bandar bin Sultan. Sebulan sebelum itu terdapat khabar angin bahawa Putera Bandar telah dikenakan tahanan rumah ekoran daripada cubaannya menggulingkan Raja.
Terkini api permusuhan akibat perebutan tahta menjadi semakin marak apabila Raja Abdullah yang semakin uzur dibawa ke New York untuk mendapatkan rawatan masalah darah beku dan cakera teranjak pada Isnin 22 November 2010. Sebelum itu Raja Abdullah telah dimasukkan ke sebuah hospital di Riyadh untuk rawatan.
Putera Sultan yang merupakan Putera Mahkota yang sejak beberapa bulan sebelum ini sedang menjalani rawatan di Maghribi terpaksa bergegas pulang bagi mengurangkan ketegangan.
Perkembangan terkini yang berlaku di Arab Saudi amat membimbangkan sekutu-sekutunya terutama sekali Amerika Syarikat yang bimbang akan wujud kelompangan kuasa di negara pengeksport minyak terbesar di dunia itu.
Sebelum ini beberapa tindakan telah diambil oleh Raja Abdullah bagi menyelesaikan masalah pewarisan tahta. Antaranya ialah penubuhan Majlis Anggota Kanan Keluarga Diraja bagi memastikan perlantikan bakal penggantinya dibuat menerusi pemilihan.
Pada tahun 2009 Raja Abdullah  telah melantik adik tirinya  Menteri Dalam Negeri Putera Nayef yang berusia 76 tahun sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua. Ia secara tidak langsung telah memberikan gambaran mengenai siapakah yang akan berkuasa apabila Raja dan Putera mahkota meninggal dunia.
Putera Sattam bin Abdul Aziz al Saud
Selain Putera Sultan dan Putera Nayef  seorang lagi adik tiri Raja Abdullah dilihat berkebolehan bagi mewarisi tahta Arab Saudi.  Beliau ialah Putera Sattam bin Abdul Aziz yang merupakan Timbalan Gabenor Riyadh semenjak tahun 1968.
Namun begitu,  di negara  yang terkenal dengan  “Piagam Abdul Aziz” yang  tertulis, “selama anak-anak saya masih hidup, kekuasaan tidak akan berpindah ke cucu-cucu saya”, bahaya pertelingkahan  terbuka mengenai siapa yang akan mewarisi tahta sekiranya kedua-dua Raja dan Putera Mahkota meninggal dunia. Ini kerana kesemua saudara Raja Abdulah yang masih hidup telahpun lanjut usianya.
Mungkinkah selepas ini, tahta Arab Saudi bakal diwarisi oleh cucu Ibn Saud. Masalahnya sekarang siapakah di antara cucu-cucu Ibn Saud itu yang berkelayakan bagi mengambil alih tahta pemerintahan. Sudah pasti kesemua anak Raja-Raja yang pernah memerintah akan menuntut hak.
Putera Mitab bin Abdullah
Justeru siapakah dari kalangan cucu-cucu Ibn Saud yang layak mewarisi tahta Arab Saudi ? Adakah Putera Bandar bin Sultan atau Putera Muhammad bin Nayef ? Beberapa hari yang lepas, Raja Abdullah telah melantik anaknya iaitu Putera Mitab bin Abdullah bagi menggantikannya sebagai Komander Pengawal Kebangsaan   yang telah dipegang sejak tahun 1962. Perlantikan anaknya itu dilihat sebagai tanda jelas tentang wujudnya perlumbaan di kalangan cucu-cucu Ibn Saud untuk merebut tahta negara tersebut.
Mungkinkah juga selepas ini akan meletus perang saudara di Arab Saudi. Sesiapapun pasti akan mengidamkan tahta negara pengeksport minyak utama dunia itu. Tambahan pula dengan kedudukan Arab Saudi yang sangat penting kepada umat Islam khususnya dan dunia amnya.
Pastinya Amerika Syarikat dan sekutunya akan memastikan bakal pewaris tahta negara tersebut sebulu dengannya. Amerika Syarikat sudah pasti tidak mahu kehilangan sekutu utamanya itu. Menguasai Arab Saudi bermakna menguasai seluruh Dunia Islam dan yang lebih penting ialah akan dapat memastikan keselamatan kewujudan negara Israel dan pendudukannya ke atas Baitulmaqdis.
Penguasaan ke atas Baitulmaqdis pula akan memastikan penguasaan Amerika Syarikat dan Israel ke atas dunia keseluruhannya. Justeru pembebasan Baitulmaqdis daripada cengkaman Zionis pastinya tidak akan tercapai tanpa terlebih dahulu membebaskan “2 Tanah Suci” dari penguasaan Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya.
Mungkinkah apa yang sedang dan akan berlaku di Arab Saudi kini adalah “permulaan kepada pengakhiran” yang mana bakal menyaksikan  kemunculan Imam Mahdi sebagaimana hadis di bawah;
Ummu Salamah RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai’ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukn dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida’ (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai’ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda SAW.  Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau.”;- [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].Hadis di bawah ini juga mungkin berkaitan dengan apa yang telah diperbincangkan di atas. Sabda Rasululullah SAW;
“Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”, (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa) : “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”,(Rasulullah diam dan kembali berdoa) : “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kami..??”, beliau SAW kemudian menjawab : “Dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk setan!” (Sahih Al Bukhari)